BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 22 September 2011

Saya di meja makan...



Assalamualikum anak-anak


Hari ini Ustazah ingin membicarakan adab-adab yang perlu kita amalkan sewaktu dimeja makan...Tahukah anak-anak adab-adab sebelum makan,semasa makan dan selepas makan ? Islam mengajar kita dengan akhlak yang baik.Islam menyuruh kita menjaga adab makan dan minum.


Diantara adab  yang perlu dijaga sebelum makan dan minum ialah :


Sebelum makan.


1. Berpakaian yang sesuai dan sopan.
2. Mencuci tangan hingga bersih.
3. Duduk dengan tertib
4. Membaca  " Bismillahir Rahman NirRahim " dan berdoa.
5. Tidak membazirkan makanan.


Semasa Makan.


1. Ambillah makanan yang paling hampir dengan pinggan dahulu
2. Ambil dengan menggunakan tangan kanan
3. Tidak berebut-rebut
4.Tidak minum sekali gus
5.Utamakan yang lebih tua


Selepas makan


1. Berhenti sebelum kenyang
2. Ucaplah  "Alhamdulillah"
3.Cuci tangan 
4.Bersihkan tempat makan dan membasuh pinggan mangkuk serta cawan atau gelas.




Anak-anak ....cuba hayati lagu Nasyid dari kumpulan Raihan diatas...semoga anak-anak dapat memahami dan dapat mengamalkan adab yang baik semasa makan dan minum.

Akhlak Islamiah....

Adab Makan dan Minum..
Islam telah mengajar kita agar beradab sewaktu makan dan minum.

Tuesday, 20 September 2011

SALAM PERKENALAN


Salam Perkenalan

NAMA      :                    USTAZAH AIDA S. BINTI ISMAIL
ALAMAT :                     NO 187 FASA 2 E, BANDAR BARU SERI MANJUNG
TEMAPT BERTUGAS : SK St. FRANCIS,JALAN RAJA OMAR SITIAWAN.
NO MATRIKS             : D20102043525
PUSAT PENGAJIAN   : UPSI TANJUNG MALIM
SEMESTER                   :  2
BIDANG                        :  PENGAJIAN ISLAM (SEKOLAH RENDAH)
NO TEL                         : 0194544970
NO TEL PEJABAT       : 056911101