BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 October 2011

Kelebihan Mempelajari Seni mempertahankan diri.







Terdapat banyak cabang seni di negara kita. Salah satu bidang seni yang boleh kita ceburi ialah seni mempertahankan diri seperti Taekwando, Judo,Karate-do,Silambam ,Seni Silat dan banyak lagi. Apa yang menariknya tentang seni ini ianya merupakan satu bidang sukan untuk kecergasan diri malahan ianya sebagai seni mempertahankan diri daripada ancaman bahaya. Disamping itu seni bela diri ini juga mampu membina disiplin diri yang tinggi kepada pengamalnya dan juga daya ketahanan yang kental pada diri seseorang itu.Malahan seni bela diri sudah menjadi salah satu bidang ko kurikulum disekolah dibawah unit beruniform selain Pengakap, Kadet Remaja ,Pesatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain.

Wednesday 19 October 2011

Si Tanggang....


Siapalah ibu disisi kita ? Tanpa ibu ...tak kan merasa hidup di muka bumi ini. Selagi hayat dikandung badan berbuat baiklah kepada ibu kita. Rasulullah saw. pernah ditanya pada suatu ketika "Siapakah yang perlu kita kasihi selepas Allah..Baginda menjawab ..."Ibu", kemudian siapa? Baginda menjawab.."Ibu"..lalu bertanya lagi sahabat itu dan baginda menjawab "Ibu Mu" kemudian "Ayah mu". Penegasan tiga kali itu menunujukkan betapa besarnya kewajipan seorang anak terhadap orang tuanya. Semoga kita dapat mengasihi ibu kita sekiranya masih hidup....Rasulullah SAW. bersabda yang bererti "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu" .Maka sewajarnya kita berbuat baik kepada ibu bapa dan berbaktilah kepada keduanya selagi hayat dikandung badan.



Tuesday 18 October 2011

KISAH DAN TELADAN........


Berkat di sebalik membaca Bismillah.


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."




Saturday 8 October 2011

Rezeki Kurniaan Allah







Allah SWT Maha Pemurah Lagi  Maha Mengasihani keatas semua hamba-hambaNya.Tidak terhitung betapa banyaknya  rezeki yang Allah kurniakan kepada kita baik berupa makanan,minuman,pakaian harta,kelebihan ilmu dan banyak lagi.Janganlah sama sekali kita leka dan lalai dan bersyukurlah dengan setiap nikmat yang dikurniakan.

Wednesday 5 October 2011

Akibat tidak beramal dengan adab makan

Hayati dan amalkan........

Kelebihan beramal dengan adab makan


Seseorang yang menghayati dan mengamalkan adab makan sesungguhnya dia melatih dirinya supaya berdisiplin. Ianya mengambarkan peribadi muslim sepetimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw..Dengan pengambilan makanan yang berkhasiat disamping cara makan yang sopan dan betul tubuh badan seseorang itu akan sihat .Disamping itu sikapnya amat disenangi oleh orang sekelilingnya dan menjadi contoh teladan kepada orang lain.

Monday 3 October 2011

Doa...